Just another Blogger Theme9 Demos site

What's New Here?

Showing posts with label Tonton Drama Melayu Online. Show all posts
Showing posts with label Tonton Drama Melayu Online. Show all posts

21 February 2014



Soffiya (2011)



SINOPSIS :
Drama ini di bintangi oleh pelakon popular Tiz Zaqyah yang memegang watak sebagai Soffia, beliau merupakan seorang gadis yang lincah dan periang, ayah soffiya merupakan seorang doktor dan ibunya pula sering mengalami masalah kesihatan, selepas berlaku satu kejadian yang hitam, rutin hidup soffiya mula berubah, dia menjadi seorang yang pendiam dan murung, nasib buruk terus menimpa Soffiya sehinggalah dia dimasukkan kedalam penjara, dan baru ketika itulah dia mula mengenal erti cinta. Namun Soffiya terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri, dan Soffiya pun berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, tidak cukup dengan itu, ketabahan Soffiya terus diuji sekali lagi bila mana cinta pertamanya sebelum ini adalah merupakan anak tirinya sendiri.


Soffiya.E03
Soffiya.E06
Soffiya.E09
Soffiya.E12
Soffiya.E15
Soffiya.E18
Soffiya.E21
Soffiya.E24
Soffiya.E27


Jumlah Episod: 28


TAMAT

at  6:18 AM -  by Admin 0

Soffiya Full Episode (2011)

16 February 2014



Jiwa (2014)

SINOPSIS :
‘Jiwa’ mengisahkan tentang dua beradik tiri iaitu Iskandar (Remy Ishak) dan Jiwa (Kamal Adli), hasil perkongsian hidup Alif Rizal (Faizal Hussein) dengan isteri pertama, Mastura (Sheila Mambo), ibu Iskandar dan isteri kedua, Zulaikha (Liza Shadan), ibu Jiwa. Alif merupakan seorang anggota tentera yang amat tegas dan komited dengan tugasnya. Sejak perkahwinan dengan Zulaikha, hubungan Alif dengan Mastura dan Iskandar semakin renggang. saksikan.... Saksikan Selanjutnya....




Jumlah Episod: 14

at  4:07 AM -  by Admin 0

JIWA Full Episode (2014)

15 February 2014



Kalimah Jiwa (2013)


SINOPSIS :
Air Di Cincang Tak Akan Putus. Namun hubungan Aniq dan Afiq tidak seperti adik beradik yang lain. Afiq membenci Aniq kerana ibunya sering menyebelahi abangnya sejak kecil. Malah Afiq sanggup menggunakan Aina yang tidak berdosa untuk membalas dendam dan mendapatkan harta yang dimiliki oleh abangnya…. Saksikan Selanjutnya....


Kalimah Jiwa.E13
Kalimah Jiwa.E14
Kalimah Jiwa.E15
Kalimah Jiwa.E16
Kalimah Jiwa.E17
Kalimah Jiwa.E18
Kalimah Jiwa.E19
Kalimah Jiwa.E20


Jumlah Episod: 20
at  2:27 AM -  by Admin 0

Kalimah Jiwa Full Episode (2013)

01 February 2014




Istidraj Cinta (2013)


SINOPSIS :
Mengisahkan tentang Azhar (Johan As’ari), anak kepada Dato’ Yatim (Dato’ Tarmimi Siregar) dan Datin Hashimah (Ifa Raziah) memerlukan penderma kornea mata apabila doktor mengesahkan kornea matanya telah berparut akibat penyakit keratoconus. Di hospital, Azhar bertemu dengan Shahril (Aman Nassim), sahabat baiknya di universiti yang sedang menderita dengan kanser hati yang kronik. “Istidraj Cinta” Mengisi Slot Samarinda Nikmat Dunia Yang Tidak Menjaminkan Kebahagiaan lakonan Johan As’ari, Rita Rudaini. Shahril sedar bahawa masanya sudah tidak lama, dia memberitahu bahawa dia telah menderma kornea mata kepada Azhar di hadapan Ustaz Ramli dan kakaknya, Siti Fatimah (Rita Rudaini).


Istidraj Cinta.E03
Istidraj Cinta.E06
Istidraj Cinta.E09
Istidraj Cinta.E12


Jumlah Episod: 15

TAMAT

at  11:59 AM -  by Admin 0

Istidraj Cinta Full Episode (2013)

22 January 2014





Besan Tiga Segi (2014)

SINOPSIS :
Besan Tiga Segi mengisahkan ibu bernama Rafeah (Kartina) dan suaminya Shafie (Fendi) yang memiliki empat anak yang sudah dewasa. Anak pertamanya, Shah Zaman (Hairi) berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia tiga tahun. Dia dan isterinya bekerja makan gaji di jabatan kerajaan. Kehidupan mereka sederhana saja....

Saksikan Selanjutnya....


Besan Tiga Segi.E07
Besan Tiga Segi.E08
Besan Tiga Segi.E09
Besan Tiga Segi.E10
Besan Tiga Segi.E11
Besan Tiga Segi.E12
Besan Tiga Segi.E13
Besan Tiga Segi.E14
Besan Tiga Segi.E15
Besan Tiga Segi.E16
Besan Tiga Segi.E17
Besan Tiga Segi.E18
Besan Tiga Segi.E19
Besan Tiga Segi.E20


Jumlah Episod: 20
at  7:22 PM -  by Admin 0

Besan Tiga Segi Full Episode (2014)

18 January 2014




Ku Cinta Kau Seorang (2013)


SINOPSIS :
Sebuah lagi karya terbaru sutradara Khairul Amri Haji Khalid (Keoi) dan nukilan skrip oleh Shuhadatul Ain Zakaria bakal mengisi slot Lestary menerusi drama rantaian 13 episod berjudul “Ku Cinta Kau Seorang”, menggantikan “Diandra”. Bakal disiarkan mulai 19 November 2013, “Ku Cinta Kau Seorang” terbitan Global Station Sdn. Bhd. menampilkan barisan pelakon terdiri daripada Remy Ishak, Amyra Rosli, Ruminah Sidek, Faradhiya, Zack X-Factor, Hafizzuddin, Bill Azali, dan ramai lagi. Drama romantik komedi ini mengisahkan tentang Batrisya (Amyra Rosli) yang dibesarkan di dalam keluarga berada, segala permintaan dan kehendak beliau dituruti oleh Dato’ Hisham. Ramai pembantu rumah terpaksa diberhentikan gara-gara kesalahan kecil. Suatu hari, Helmi (Remy Ishak), pekerja di restoran milik Dato’ Hisham telah menegur sikap biadap Batrisya. Hari itu, Batrisya merasakan telah memalukannya. Dia pergi menemui Dato’ Hisham di pejabat semata-mata ingin meminta ayahnya itu memberhentikan Helmi. Helmi, anak yatim piatu, tidak dapat melanjutkan pelajaran atas faktor kewangan. Dia tinggal bersama-sama neneknya yang sudah tua dan nyanyuk. Kos perubatan neneknya yang menghidap penyakit buah pinggang amat tinggi, jadi dia terpaksa melakukan banyak kerja. Dia sanggup berhabis wang demi neneknya yang dikasihi, satu-satunya saudara yang dia ada. Bagi Dato’ Hisham, cukuplah beberapa orang gaji terpaksa dia berhentikan tetapi bukan Helmi kerana dia mengenali Helmi seorang anak muda yang rajin dan tidak pernah mempunyai masalah.
Oleh kerana kecewa terhadap ayahnya yang tidak mahu memberhentikan Helmi, Batrisya pergi ke luar negara selama sebulan tanda mogok. Dato’ Hisham yang runsing memikirkan Batrisya pergi menemui rakan baiknya, Rahim untuk meluahkan penyesalan kerana terlalu memanjakan anak perempuannya itu. Rahim bukan sahaja seorang sahabat yang setia mendengar keluhan Dato’ Hisham, beliau juga memberikan pendapat yang terbaik. Selepas puas bercuti, Batrisya pulang ke tanah air. Apabila tiba di hadapan pintu rumahnya, dia amat terkejut melihat papan tanda ‘Untuk Dijual’. Batrisya bergegas ke restoran milik ayahnya, restoran itu juga telah ditutup. Batrisya berjumpa dengan Pak Cik Rahim yang kemudiannya menunjukkan surat mengatakan ayahnya telah muflis dan terpaksa melarikan diri disebabkan hutang-piutang yang banyak. Di dalam surat itu juga mengamanatkan Batrisya untuk belajar tinggal bersama Helmi dan neneknya. Sebaik sahaja sampai di rumah Helmi dengan alamat yang diberikan, Batrisya seakan-akan tidak percaya bahawa dia harus menghuni di rumah seperti reban ayam. Dia tidak rela dan cuba meminta bantuan kawan-kawan baik yang setia dengannya. Tetapi, apabila dia berjumpa dengan Maya dan Farah, ada sahaja alasan dan mereka tidak mahu menolong. Dia cuba menghubungi teman lelakinya, Razman, namun hampa.
Batrisya sangat sedih apa yang menimpa hidupnya dalam sekelip mata. Dia menyalahkan takdir dan sanggup ayahnya meninggalkan dia begitu sahaja. Dia melangkah semula ke rumah Helmi. Helmi memberitahu Batrisya tentang undang-undang di dalam rumah seperti apa yang boleh buat dan apa yang tidak boleh. Batrisya tidak boleh duduk sahaja dan kena menjaga neneknya jika tidak sila keluar daripada rumah ini. Apakah yang bakal berlaku kepada Batrisya seterusnya?




Jumlah Episod: 13

TAMAT

at  10:27 AM -  by Admin 0

Ku Cinta Kau Seorang Full Episode (2013)

24 December 2013




Menjinak Ombak (2013)



SINOPSIS :
Cinta penuh tragis, Menjinak Ombak penuh kejutan..

MENYUSULI kejayaan ‘Kampung Girl’, slot drama TV3 Zehra kembali mempersembahkan sebuah drama bersiri yang penuh misteri, Menjinak Ombak bermula 6 Disember, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam.
Memaparkan kisah cinta penuh tragedi berdasarkan cinta tiga segi antara tiga jejaka yang merebut cinta seorang gadis sunti iaitu anak kepada seorang Imam yang begitu patuh pada pegangan agamanya. Malah, setiap jejaka itu menyimpan rahsia  misteri. Oleh kerana sikap yang terlalu taksub dan tamak, ada di antara jejaka itu sanggup hidup dengan bertopengkan agama serta membuat hukuman sendiri dengan melakukan pembunuhan demi menutup pekong di dada! Menurut Along, drama tersebut berkisar kisah hidup seorang pemuda yang terlalu taksub dengan ajaran Islam sehingga sanggup belajar ke luar negara iaitu Pakistan. "Akibat tersalah pilih ajaran, pemuda itu melakukan perkara di luar imaginasi sehingga penonton tidak dapat menjangkakan apa yang berlaku. Saya berani jamin penonton berpuas hati dengan drama ini kerana ia bukan sahaja menerapkan kisah percintaan tetapi elemen kejutan dalam jalan cerita ini. "Mesej yang disampaikan juga berguna dijadikan panduan dan pengajaran mereka di luar sana supaya tidak tertipu dengan penampilan seseorang," katanya yang mengambil masa 45 hari untuk menyiapkan penggambaran di sekitar Banting, Kuala Lumpur dan Pulau Pangkor. Drama bersiri 13 episod terbitan Eurofine Studios Sdn Bhd ini diarahkan oleh Along Kamaruddin, nukilan skrip Azlan Din dan dibarisi pelakon popular seperti Shukri Yahya (Firhad), Fezrul Khan (Tengku Fatah), Risteena (Syakinah), Talha Harith (Asyraf) dan ramai lagi.


Menjinak Ombak.E03
Menjinak Ombak.E06
Menjinak Ombak.E09
Menjinak Ombak.E12


Jumlah Episod: 13

TAMAT
at  12:58 AM -  by Admin 0

Menjinak Ombak Full Episode (2013)

05 November 2013



Karlos (2013)



SINOPSIS :
Karlos menelusuri perjalanan hidup seorang remaja bernama Irwan Zaid (Johan As’ari) yang sering dipinggirkan di dalam keluarga terutama oleh bapanya sendiri, Rashid (Namron). Beliau disisihkan sehingga ibunya sendiri iaitu Zai (Sherlie Merlis) tidak mampu melakukan apa-apa. Rashid, seorang kaki judi yang sangat membenci Irwan dengan alasan yang tidak diketahui. Dendam dan marahnya pada anak ini sampai sanggup tidak memberikan belanja dan tidak mahu melihat Irwan ketika dia berada di rumah.

Karlos.E03
Karlos.E06
Karlos.E09
Karlos.E12


Jumlah Episod: 13


TAMAT


at  12:06 PM -  by Admin 0

Karlos Full Episode (2013)

25 October 2013



Diandra (2013)



SINOPSIS :
Diandra dan Adam Fahmi mempunyai perwatakan yang bertentangan, sering bercakaran seperti kucing dan anjing setiap kali bertemu. Berlatar-belakangkan keluarga dan gaya hidup yang berbeza juga mengundang bermacam-macam perselisihan apabila Diandra dan Adam terpaksa mengharungi rutin harian bersama. Apabila cinta hadir tanpa dijangka, apakah keegoan seorang lelaki akan tunduk kepada kuasa cinta?


Diandra.E03
Diandra.E06
Diandra.E09
Diandra.E12


Jumlah Episod: 13


TAMAT

at  8:58 PM -  by Admin 0

Diandra Full Episode (2013)

20 September 2013




Kampung Girl 2013



SINOPSIS :
Drama "Kampung Girl" merupakan sebuah drama yang adaptasi daripada sebuah novel Kampung Girl karya Umi Kalsom. Kampung Girl bersiaran pada setiap Jumaat Jam 9 malam. Drama bersiri 'Kampung Girl' dibarisi oleh pelakon Akim Ahmad, Nad Zainal, Emma Maembong, Syafiq Kyle, Hilal Azman, Emma Akma, Fikhree Bakar, Ramona Zam Zam, Anne Abdullah, Reen Rahim dan Ramli Salleh.


Kampung Girl.E03
Kampung Girl.E06
Kampung Girl.E09
Kampung Girl.E12


Jumlah Episod: 13

TAMAT
at  8:41 PM -  by Admin 0

Kampung Girl Full Episod

05 September 2013



Cinta Jannah 2013


SINOPSIS :
Menyusuli ‘Demi Dia’, slot drama TV3, AKASIA bakal mempersembahkan sebuah karya hebat terbitan Orangetree Production menerusi drama rantaian ‘Cinta Jannah’ bermula 14 Ogos 2013, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 petang. Drama bersiri 24 episod yang diarahkan oleh Azmi Hatta, nukilan skrip oleh Nur Maizan Othman menampilkan barisan pelakon hebat seperti Aeril Zafrel, Nelydia Senrose, Reen Rahim, Ramona Zam Zam, Fadilah Mansoor, Saharuddin Thamby, Dian P Ramlee, Kartina Aziz, Ezany Nizariff, Abdul Fattah dan ramai lagi. Jannah (Nelydia Senrose) melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya, Razak kepada Suffian selepas kalah judi. Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya. Duit tersebut juga dapat digunakan untuk mengadakan kenduri nikah untuk anak sulungnya, Balqis (Reen Rahim). Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya. Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju. Tatkala memikirkan apa yang bakal dilakukan, ben tangannya telah diragut dan Jannah jatuh, terhentak kepalanya dan jatuh pengsan. Secara kebetulan, Izaryl (Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu Jannah yang pengsan. Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini Damia (Ramona Zam Zam), pilihan ibu Izaryl sendiri. Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan. Justeru, mereka terpaksa berkahwin. Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, ibu Izaryl, Tengku Zareena (Dian P Ramlee), berasa amat marah. Tengku Zareena telah merancang untuk memisahkan mereka berdua dengan berpakat bersama Damia untuk menggoda Izaryl dalam harapan untuk menghancurkan rumahtangga Izaryl dan Jannah. Apakah kebenaran akan terbongkar antara punca perkahwinan Izaryl dan Jannah? Dapatkah Tengku Zareena memisahkan mereka berdua? Bagaimana pula dengan takdir yang tertulis untuk Izaryl dan Jannah? Pastikah cinta bakal berputik antara mereka berdua? Saksikan drama bersiri baru, Cinta Jannah menerusi slot Akasia di TV3, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam mulai 14 Ogos 2013, semestinya di TV3!




Jumlah Episod: 24

TAMAT

at  8:19 AM -  by Admin 0

Cinta Jannah Full Episod

Discussion

Template Information

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Full Episode (2013) Kini boleh dimuat turun
© 2013 :: Video Bergetar ::. WP Theme-junkie Converted by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.
back to top