Just another Blogger Theme9 Demos site

What's New Here?

Showing posts with label Tonton Drama Melayu Online. Show all posts
Showing posts with label Tonton Drama Melayu Online. Show all posts

16 October 2015



Teduhan Kasih (2013)



SINOPSIS :
Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa...




Jumlah Episod: 28


TAMAT
at  11:00 PM -  by Admin 0

Teduhan Kasih Full Episode (2013)

24 September 2015




Love You Mr. Arrogant (2013)



SINOPSIS :
Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.





Jumlah Episod:26


TAMAT

at  1:28 PM -  by Admin 0

Love You Mr. Arrogant Full Episode 2013



Seindah Sabarmu (2013)

SINOPSIS :
Seindah Sabarmu, mengisahkan ketabahan Fiqa (Nad Zainal) seorang gadis yang disisihkan Fuad, bapanya setelah kematian ibunya. Kebencian Fuad terhadap anak kecil itu bermula apabila Fiqa dikatakan menjadi punca kematian Ayu yang sedang sarat mengandungkan anak kedua mereka. Fuad terlalu menyayangi Ayu dan kerana mengikutkan perasaannya, Fuad mula bersikap berang dengan Fiqa. Fiqa dipukul dan dibiarkan kelaparan. Sehinggalah Fuad mendapat tawaran daripada rakannya untuk ke Dubai untuk memulakan hidup baru, Fiqa telah ditinggalkan bersama Pak Yob dan Mak Senah dengan alasan mahu mengambil Fiqa semula setelah keadaanya di sana stabil. Namun semua itu hanyalah alasan untuk melepaskan Fiqa kerana di hatinya, dia tidak mahu Fiqa wujud dalam hidupnya lagi. Semenjak itu, Fuad tidak pernah kembali dan tinggallah Fiqa dibela oleh Pak Yob dan Mak Senah. Dalam usia sekecil Fiqa, hidupnya sekali lagi diuji apabila mereka bertiga terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa Pak Yob dan Mak Senah. Ekoran daripada kejadian itu, Fiqa tidak dapat mengingati apa-apa kejadian sebelum dia ditimpa kemalangan. Kerana kasihankan Fiqa yang masih kecil, Ummi, adik kepada arwah Mak Senah telah membawa Fiqa pulang untuk tinggal bersamanya di Madrasah yang diusahakannya...



Jumlah Episod: 14


TAMAT


at  12:58 PM -  by Admin 0

Seindah Sabarmu Full Episode (2013)



Playboy Itu Suami Aku (2013)


SINOPSIS :

Afina yang baru habis pengajiannya selalu membantu rakannya Syaf dikedai bunga. Disitulah titik pertemuan Afina dan Adrian A.K.A ‘King of crocodile. Afina yang mempunyai adik kembar Fisya , yang tidak pernah menganggapnya kakak. Fisya juga diantara nama yang tersenarai girlfriend kepada Adrian. Dari satu pertemuan ke satu pertemuan seolah Afina tidak boleh lari, hidupnya menjadi huru-hara. Pertemuan dengan Puan Sri mummy Adrian merubah kehidupan Afina bila Puan Sri melamar menjadi menantunya...




Jumlah Episod:28

TAMAT

at  3:50 AM -  by Admin 0

Playboy Itu Suami Aku Full Episode (2013)

17 September 2015



Sebenarnya Saya Isteri Dia 2013



SINOPSIS :
Mengisahkan cinta Syafa Aqira dengan Farish Adryan yang terputus di tengah jalan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua. Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu. Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? 




Jumlah Episod: 13
TAMAT
at  1:17 AM -  by Admin 0

Sebenarnya Saya Isteri Dia Full Episod (2013)

16 September 2015




Ariana Rose (2013)


SINOPSIS :
Ia mengisahkan Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita setuju untuk berlakon sebagai gadis yang pernah menjadi girlfriend Tengku Adam Kamil. Tengku Juwita sebenarnya tidak mahu berkahwin dengan Tengku  Adam Kamil, lalu dia mencadangkan agar Ariana berlakon sebagai wedding breaker. Perkahwinan tersebut dibatalkan dan maruah keluarga Tengku Adam Kamil telah tercalar. Berang dengan keadaan itu, Tengku Adam mengupah spy peribadi untuk menyiasat siapa Ariana Rose.Tengku Kamil cuba mengetahui siapa dalangnya,namun Ariana tegar untuk tidak memberitahu. Tengku Kamil akhirnya meragut kesucian Ariana dan disebabkan itu, Ariana memberitahu kisah sebenar. Sejak itu, Ariana membenci Tengku Kamil. Untuk melupakan sejarah hitam itu. Ariana mula melakukan kerja-kerja amal.Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang besar dana kebajikan di mana tempat Ariana bekerja. Tengku Adam mula jatuh cinta pada Ariana namun tidak pada Ariana. Malah dia semakin membenci Tengku Adam.


Drama adaptasi dari novel The Wedding Breaker karya Evelyn Rose ini bakal disiarkan di Slot Akasia TV3. Tajuk drama telah ditukar daripada The Wedding Breaker kepada Ariana Rose.




Jumlah Episod: 28

TAMAT

at  11:30 PM -  by Admin 0

Ariana Rose Full Episode (2013)

23 April 2014



Bukan Kerana Aku Tak Cinta (2013)


SINOPSIS :
Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Jebat, seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya. Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik, kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.....

[ Untuk Download klik atas tajuk video ]



Jumlah Episod: 59


TAMAT 
at  5:18 AM -  by Admin 15

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Full Episode (2013) Astro Mustika HD

06 April 2014



Suamiku Jururawat Isteriku Doktor (2014)


SINOPSIS :
Drama ini mengisahkan mengenai Mikhail yang dibesarkan oleh ayah tunggalnya yang bekerja sebagai pemandu kepada Datuk Shahrizal. Ibu Mikhail meninggal dunia dalam kemalangan ketika menghadiri temuduga untuk menjadi seorang jururawat. Sejak itu, ayah Mikhail menanam harapan agar Mikhail menjadi seorang jururawat suatu hari nanti, demi impian arwah ibunya yang tidak kesampaian. Dan kini, Mikhail hampir mencapai cita-cita itu apabila belajar di sebuah kolej kejururawatan. Hidup Mikhail berubah apabila ayahnya maut selepas cuba menyelamatkan Datuk Shahrizal daripada kes samun. Kematian ayahnya itu menyebabkan Mikhail hidup sebatang kara. Datuk Shahrizal yang rasa terhutang budi, terus menyuruh Mikhail berpindah ke rumahnya. Dia amat menyukai sifat Mikhail dan dalam diam, menyimpan impian untuk memadankan lelaki itu dengan anak perempuannya. Dr. Suriati yang bakal pulang ke tanahair...


Suamiku Jururawat Isteriku Doktor.E09
Suamiku Jururawat Isteriku Doktor.E10
Suamiku Jururawat Isteriku Doktor.E11
Suamiku Jururawat Isteriku Doktor.E12
Suamiku Jururawat Isteriku Doktor.E13



Jumlah Episod: 13
at  11:45 PM -  by Admin 0

Suamiku Jururawat Isteriku Doktor Full Episode (2014)

05 April 2014



Aku Isterinya (2014)


SINOPSIS :
Drama Aku Isterinya (Aku Istrinya) adaptasi dari novel Aku Bukan Mistress ini bersiaran di slot Akasia TV3, setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam. Arahan Fairuz Loy, terbitan GLOBAL STATION, pelakon Mikail - Izzue Islam, Mya Arlissa - Anzalna Nasir, Adam - Syazwan Zulkifli, Lisa - Elizad Sharifuddin, Datuk Luthfi - Eizlan Yusof, Datin Adiba - Marissa Jasmin, Mardiana Alwi. Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita... Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya... Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi... Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama? Saksikan seterusnya....






Jumlah Episod: 28


TAMAT

at  8:50 AM -  by Admin 0

Aku Isterinya Full Episode (2014)

23 March 2014


Kifarah (2014)

SINOPSIS :
Drama bersiri 8 episod terbitan Luqsar Kreatif... Menariknya tentang drama ini, penonton dapat menyaksikan setiap episod mempunyai kisah yang berbeza dan ianya tidak mempunyai kesinambungan antara satu dengan yang lain. Antara episod yang akan dipaparkan kepada penonton adalah ‘Badi’, ‘Di Angin Lalu’, ‘Amanah’, ‘Duit’, ‘Bisikan Qarin’, ‘Kudrat Anak’, ‘Wifi Ada Tak?’ dan ‘Zakat Membawa Berkat’. Berikut adalah antara paparan episod yang menarik dalam drama siri KIFARAH:...




Jumlah Episod:08
at  11:59 PM -  by Admin 0

Kifarah Full Episod (2014)

25 February 2014




Yes Boss (2014)

SINOPSIS :
Oleh kerana tidak serasi bekerja di Pizza Hut, Aryana mencuba pula di McDonald’s. Tidak sesuai di McDonald’s berpindah pula ke Jaya Jusco. Akhirnya setiap tempat tu pun paling lama bertahan adalah selama 2 bulan sahaja. Bukannya dia terdesak sangat. Dia merupakan graduan universiti, tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temuduga pegawai kerajaan. Menggunakan orang dalam dengan bantuan mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan sebagai seorang setiausaha di situ..


Yes Boss.E03
Yes Boss.E06
Yes Boss.E09
Yes Boss.E12
Yes Boss.E15
Yes Boss.E18
Yes Boss.E21
Yes Boss.E24


Jumlah Episod: 24
 
TAMAT
at  9:20 PM -  by Admin 0

Yes Boss Full Episode (2014)

© 2013 :: Video Bergetar ::. WP Theme-junkie Converted by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.
back to top