Just another Blogger Theme9 Demos site

What's New Here?

Showing posts with label Tonton Movie Melayu Online. Show all posts
Showing posts with label Tonton Movie Melayu Online. Show all posts

14 February 2016




KL Zombie (2013)



SINOPSIS :
Selamat datang ke Malaysia. Negara yang kaya dengan adat resam ketimuran. Tetapi apakah yang akan berlaku jika rakyat kita tiba-tiba dikelilingi zombi? Kalendar lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri. Mereka tidak tahu yang dunia yang mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur. Rutin harian berubah dan hanya Nipis yang mampu menyelamatkan keadaan. 5 sahabat baik (Nipis, Kamarul, Ana, Sofia dan Aliff) bergumbira pada malam sambutan tahun baru di lembah klang apabila tidak semena-mena seorang daripada mereka digigit anjing bervirus. virus zombi tersebut bukan sahaja menjangkiti salah seorang daripada 5 sahabat tadi, malah merebak dari punca yang tak diketahui. lama-kelamaan, virus tersebut merebak sampai ke sarawak dan ke seluruh malaysia. dalam keributan penularan wabak zombi, Nipis - seorang kaki teori konspirasi - mencadangkan mereka berpindah ke putrajaya di mana beliau percaya, kerajaan mempunyai kubu anti-serangan nuklear.





at  5:35 AM -  by Admin 0

KL Zombie Full (2013)

27 April 2014



Apokalips X (2014)



SINOPSIS :
Perang Kimia telah memusnahkan dunia dan hanya meninggalkan sekumpulan anak muda yang berjuang untuk terus hidup. Tiga orang pahlawan utama yang tinggal selepas peperangan tersebut iaitu X (Farid Kamil), Sri Gala (Peter Davis) dan Kala Jengking (Jehan Miskin). Masing-masing mempunyai pengikut tersendiri yang begitu taat kepada mereka. Apokalips X mengisahkan perjuangan geng-geng tersebut dalam usaha menegakkan keamanan melalui perjanjian damai walaupun wujudnya rasa dendam dan benci di antara mereka. X yang digeruni pada zaman kegemilangannya dahulu bertekad untuk tidak berperang lagi sampai bila-bila. Tetapi perjanjian damai yang telah memberhentikan perang kimia dan pertempuran maut satu ketika dahulu menjadi semakin terancam apabila Aman Chai (Adam AF), pengikut utama X jatuh cinta kepada anak kesayangan Sri Gala iaitu QiQi (Miera Liyana). Pergelutan yang tercetus akibat daripada hubungan cinta tersebut dan juga hasutan Kala menyebabkan QiQi tercedera parah. Sri Gala yang meradang dengan kejadian itu bertekad mahu keluar daripada perjanjian damai yang telah termeterai bertahun lamanya. Apabila ketegangan antara X dan Sri Gala semakin memuncak, Kala yang gila kuasa pula mengambil kesempatan dengan merancang tindakannya untuk menjatuhkan kedua-dua geng tersebut. Kala berjaya menambahkan bilangan pengikutnya disamping bersiap sedia untuk membuat serangan. Peperangan yang pernah memusnahkan segalanya sudah pasti akan berulang. Sanggupkah Aman Chai, QiQi dan anak-anak muda yang lain bertahan dan terus hidup? Adakah X akan setia berpegang kepada pendiriannya untuk tidak berperang setelah bersetuju dengan perjanjian damai satu waktu dahulu?Apakah Kala berjaya menguasai semua kawasan seperti yang diimpikannya? ... 
 

at  1:49 PM -  by Admin 0

Apokalips X Full Movie (2014)

20 April 2014



Bisikan Cinta (1995)

SINOPSIS :
Johari memiliki segala kemewahan daripada ibunya. Kerana terlalu menginginkan seorang menantu, ibunya telah mengadakan perjumpaan dengan gadis-gadis supaya anaknya dapat membuat pilihan. Ibu Johari berkenan dengan seorang gadis, Ros yang dianggapnya paling sesuai untuk Johari. Johari mengambil keputusan berlayar seorang diri untuk menjauhkan diri daripada Ros tetapi Ros berjaya mengekorinya. Johari tidak dapat mengelakkan diri dan terpaksa menghabiskan masa bersama Ros di atas kapal tersebut. Malangnya Johari telah terjatuh ke dalam laut dan dihanyutkan ke sebuah perkampungan berdekatan. Bermulalah kehidupan baru Johari yang telah diselamatkan oleh Ayu, seorang gadis kampung. Johari mula menaruh hati terhadap Ayu tetapi cinta mereka dihalang oleh ibu Ayu yang cerewet dan tidak sukakan orang luar. Pelbagai usaha dicuba oleh Johari untuk mengambil hati ibu Ayu dengan bantuan Abu, pembantu peribadinya...


at  12:33 PM -  by Admin 2

Bisikan Cinta Full Movie (1995)

01 March 2014




Dampak (2013)



SINOPSIS :
Dampak mengisahkan misi lima beradik cuba membalas dendam atas kematian bapa mereka tetapi diduga dengan pelbagai halangan yang akhirnya membongkor misteri yang wujud dalam keluarga mereka sendiri... Misi bermula dengan kisah Idrus (Aaron) bersama-sama adik angkatnya, Giran (Farid), Hana (Jue Evans) dan Qyra (Intan) mencari Afran (Michael Chin) yang hilang untuk menyelidik rahsia Tok Long...


at  11:16 PM -  by Admin 0

Dampak Full Movie (2013)

28 February 2014




Rumah Sewa RM50 (2014)


SINOPSIS :
Filem ini mengisah 5 remaja yang mencari rumah sewa dan berjaya mendapat rumah sewa Dengan harga yang murah iaitu hanya RM50 walaupun mengetahui rumah banglo itu sudah lama tidak berpenghuni itu. Setelah mereka menetap, bermulalah episod misteri apabila sorang demi sorang kawan mereka dirasuk dan diganggu makluk halus itu. Pelbagai peristiwa pelik dan seram yang berlaku, namun adakah mereka berjaya keluar dari rumah itu dan sama-samalah kita tonton filem ini yang diarahkan oleh M.Jamil...


at  10:05 PM -  by Admin 0

Rumah Sewa RM50 Full Movie (2014)

27 February 2014



Banglo Seksyen 2 (2013)


SINOPSIS :
Banglo Seksyen 2 mengisahkan Haris, Helmi, Faizal dan Kamal membuat kajian paranormal untuk kerja kursus mereka dengan menyewa banglo RM50 sebulan dikatakan berhantu. Seorang lagi pelajar, Azli turut menyertai mereka menyewa banglo itu kerana kebetulan dia mencari rumah untuk disewa. Sejak malam pertama tinggal di banglo itu, mereka diganggu perkara aneh. Helmi seolah-olah melihat budak perempuan berkeliaran tetapi cuba menidakkannya dan merasakan itu hanya khayalan. Sewaktu menggunakan bilik air, Haris terkunci dari dalam..Dapatkah Haris Keluar..? Saksikan Selanjutnya....


at  8:44 AM -  by Admin 0

Banglo Seksyen 2 Full Movie (2013)

26 February 2014



Lari (2013)


SINOPSIS :
Lari mengisahkan perjalanan hidup Khalif (Aaron Aziz) yang bercinta dengan Maya (Dira) tetapi terpaksa meninggalkan hasratnya untuk terus menyunting gadis pilihannya apabila menerima tentangan daripada keluarga selepas dia mengambil keputusan untuk menjadi askar. Maya pula dikahwinkan dengan KJ lakonan Ery Putra. Selepas tujuh tahun berpisah dan tidak pernah bersua muka, akhirnya Khalif pulang ke kampung selepas mendapat berita mengenai kematian ayahnya. Bukan saja kehilangan ayah, malah Khalif juga terkejut apabila mendapat tahu yang adiknya (Erin) pula hilang. Maya yang kebetulan berdepan krisis rumah tangga dengan suaminya mengambil keputusan membantu Khalif mencari adiknya dan bermulalah pengembaraan penuh aksi Khalif dalam memperjuangkan maruah adiknya yang terbabit dalam sindiket perdagangan wanita. Apakah nasib Khalif selepas itu dan berjayakah dia mendapatkan semula adiknya daripada terus menjadi mangsa? Maya pula mencari jalan untuk kembali menyintai Khalif. Apakah kesudahannya? .... SELAMAT MENONTON...


at  10:51 AM -  by Admin 0

Lari Full Movie (2013)

25 February 2014




Laga (2013) <..video sedang dikemaskini>


SINOPSIS :
Mengisahkan senario di sebuah kampung yang amat menggilai permainan sabung ayam sehingga melibatkan bunuh-membunuh dan pertaruhan isteri. Wan Hanafi Su yang memegang watak Hassan Laga adalah punca segala perbalahan yang berlaku di kampung tersebut. Dia merupakan seorang kaki judi tegar yang gemar menghisap rokok.Kehidupannya penuh dengan gelak tawa bersama rakan judi yang lain. Tampak luarannya dia seperti ganas namun bila bersama isteri segalanya bertukar menjadi lembut. Hassan Laga mempunyai seorang isteri yang cantik jelita iaitu Ayu (Marsha Milan Londoh). Di atas desakan, Dasuki (Nasir Bilal Khan) menyuruh Ayu menjadi taruhan. Dasuki pernah mengintai Ayu di rumah Hassan membuatkannya hilang sabar dan mencabar kelelakiannya. Maya (Tyas Mirasih) baru tiba ke kampung Sabri (Syazwan Zulkifli) kerana melawat makciknya. Akhirnya, Sabri berjaya memaut hati Maya dan membawanya lari dari kampung tersebut kerana tindakan Sabri yang tidak sengaja membunuh Hassan Laga.... SELAMAT MENONTON


at  4:25 AM -  by Admin 0

Laga Full Movie (2013)

21 February 2014



Balistik (2014) <..video sedang dikemaskini>


SINOPSIS :
Mengisahkan Saga, seorang pembunuh upahan dan geng mafia. Risiko menjadi gangster telah menyebabkan Salina dan anak mereka meninggalkannya. Selepas enam tahun, Saga cuba kembali kepada Salina namun Salina kini telah bergelar isteri kepada Inspektor Nizam iaitu kawan baik Saga sewaktu mereka di rumah anak yatim. Antara kawan baik dan tanggungjawab kepada negara, Inspektor Nizam harus membuat keputusan samaada menangkap Saga sementara Saga pula diarahkan oleh ketuanya untuk membunuh mana-mana polis yang cuba mengagalkan rancangan mereka... SELAMAT MENONTON


at  5:47 PM -  by Admin 0

Balistik Full Movie (2014)

19 February 2014


Kami Histeria FULL MOVIE (2014) <..video sedang dikemaskini>
 
SINOPSIS :
Filem "Kami Histeria" menceritakan kisah lima rakan sekolej yang menganggotai band mereka sendiri iaitu Histeria. Mereka baru saja berpindah untuk tinggal di sebuah flat yang terletak di tepi hutan bagi memudahkan mereka untuk jamming bersama. Sejak tinggal di rumah flat itu, mereka sering diganggu oleh suara mengilai di tengah malam. Walau bagaimanapun, mereka teruskan usaha untuk rakam lagu terbaru band Histeria tanpa hiraukan suara tersebut. Setelah lagu itu dimuat naik kedalam laman YouTube, secara tiba-tiba hidup mereka berubah untuk selama-lamanya..



at  3:18 PM -  by Admin 0

KAMI HISTERIA FULL MOVIE (2014)

16 February 2014



Jiwa Taiko (2012)

SINOPSIS :
Filem Jiwa Taiko mengisahkan kesalahan Firman membawa dia ke penjara tetapi bagi Firman ia satu titik permulaan ke arah haluan hidup yang baru. Seperti gadis yang ingin dicintai, Trisya juga begitu tapi apabila cinta menemuinya barulah dia sedar erti cinta yang sebenar. Freez! Dia hanya memikirkan tentang kegembiraan dan berkongsi kegembiraan itu dengan kawan-kawannya. Dan Lara, jiwanya bebas dan dia mahu hidup berdikari. JIWA TAIKO menerokai makna persahabatan dan cinta yang sering disalah erti....
Saksikan....


at  8:53 AM -  by Admin 0

Jiwa Taiko (2012) Tonton Full Movie

15 February 2014



Jangan Pandang Belakang Boleh (2014) <..video sedang dikemaskini>

SINOPSIS :
Teman wanita Dharma, Rose telah meninggal dunia tiba-tiba. Kemudian, mereka mendapati bahawa Rose mempunyai membunuh diri. Dharma dan kembar Rose, Seri cuba untuk mengetahui mengapa Rose dipilih secara apa-apa cara untuk mati. Indra, rakan sekerja Dharma juga mahu membantu Dharma menyelesaikan misteri tentang kematian Rose. Tetapi semasa siasatan, Dharma sering diganggu oleh perkara-perkara paranormal. Dharma mengadu kepada Seri dan Indra tetapi mereka tidak percaya pada kewujudan 'hantu'. Lebih-lebih lagi, Dharma adalah telah bertindak pelik akhir-akhir ini menyebabkan Seri menuduh Dharma adalah sebab mengapa Rose membunuh dirinya. Sekarang, Dharma perlu mencari jalan untuk menyelesaikan misteri yang telah menghantui beliau dan keluarganya. Sekarang Dharma mencari sebab mengapa Rose mati?.



at  8:05 AM -  by Admin 0

Jangan Pandang Belakang Boleh Full Movie (2014)

04 February 2014


Balada Pencinta (2013)




SINOPSIS :
Amir late 20s , is now looking to start a new life . He used the guitar playing talent available to him to cover his past as a gangster , and neglected his mother and sister dikampung . Awareness and the story begins when her mother passed away . Amir started his life as a street guitar player start and ride home as his best friend , Majib . Since starting life as a street guitarist , Amir was found with a very rich and beautiful girl named Aisha . She really only want the pleasure of living in love with a man who became his choice. Before, she had a boyfriend Amir similar , but the man finally be alone world in a road accident . On the other end of the story , there was a big fight between Amir helped by friends old gangster gang with Boy ( Ayesha fiancee ) with sidekick and its supporters . This story ended happily while Boy detained by the authorities.


at  2:38 PM -  by Admin 0

Balada Pencinta Full (2013)




Tokan (2013)
 

SINOPSIS :
Berita kematian Tuan Gan memeranjatkan semua toakn di Malaysia, termasuklah Tuan Kamil.Tuan Kamil, bapa kepada dua orang puteri iaitu Suri dan Wana, juga merupakan seorang Tokan terbesar di Melaka. Terdapat 7 orang lagi Tokan lain di bawah kuasanya termasuklah Mat Lobe. Mat Lobe merupakan antara Tokan yang masih muda dan paling muda di antara Tokan lain di Melaka. Mat Lobe adalah seorang yang kelakar dan suka bergurau. Suri, Wana, Yusof dan Solihin juga sering disakat dan dikacau oleh Mat Lobe. Solihin adalah salah seorang daripada Tokan di Melaka. Solihin merupakan seorang yang kreatif dalam proses pembuatan dadah. Dia banyak menghabiskan masanya di dalam makmal, memproses dan mengkaji dadah-dadah yang dihasilkan olehnya. Yusof berasal dari kampung dan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan dan ditawarkan bekerja dikilang milik Tuan Kamil. Setelah bekerja untuk beberapa ketika di kilang tersebut, Tuan Kamil telah menganggap Yusof seperti anaknya sendiri.Yusof telah diambil sebagai pegawai keselamatan serta pengawal peribadi Tuan Kamil. Selama khidmat Yusof bersama Tuan Kamil, Yusof tidak pernah tercedera atau dicederakan sehingga pertemuannya dengan Rano. Rano, seorang tentera dan menaraik diri dari khidmat ketenteraan kerana telah diupah oleh seseorang untuk membunuh semua Tokan di Malaysia.Di samping menjalankan misi yang diupah, Rano turut menyimpan dendam terhadap Tokan di Malaysia kerana adiknya telah ditangkap menjadi keldai dadah di Brazil. Jangan lupakan saksikan Filem Tokan di pawagam berdekatan anda!



at  11:52 AM -  by Admin 0

Tokan Full (2013)

21 January 2014




Penanggal (2013)


SINOPSIS :
Penanggal mengisahkan mengenai Murni (Ummi Nazeera) yang dibela oleh neneknya, Mak Ajeng (Normah Damanhuri) yang berketurunan Jawa selepas kematian orang tuanya akibat dimakan haiwan buas di hutan. Mak Ajeng, yang mengamalkan ilmu hitam, terpaksa menyerahkan saka penanggal miliknya kepada Murni pada saat kematiannya. Bagaimanapun, akibat diburu penduduk kampung, Murni terpaksa melarikan diri ke hutan. Pertemuannya dengan Anom Merah (Nadia Mustafar) yang sarat mengandung, mengundang kemarahan orang kampung selepas mendapati ada tanda di leher Murni. Hampir dibunuh penduduk kampung, Murni kemudian diselamatkan Syed Yusoff (Azri Iskandar). Kematian Anom Merah ketika melahirkan anak, akibat diserang penanggal turut menimbulkan kemarahan si suami, Jiwa (Yus Waisar). Syed Yusoff pula cuba menjejaki Murni sehingga ke tengah hutan. Kehilangan Syed Yusoff merisaukan adiknya, Syed Umar (Zul Ariffin) serta tunang Syed Yusoff, Sharifah Zahrah (Fasha Sandha). Mereka dan orang kampung cuba mencari lelaki itu sehingga tengah belantara sebelum menemui pondok didiami Murni..



at  3:34 AM -  by Admin 0

Penanggal Full (2013)

04 November 2013



Langgar (2013)



SINOPSIS :
Langgar mengisahkan Nizam (Adi Putra) yang ingin menuntut keadilan berikutan kematian isterinya. Aina (Nadia Heng) yang sarat hamil anak sulung dirogol dan dibunuh oleh sekumpulan gangster. Nizam ingin mencari darah sebagai galang gantinya. Dia kemudian diperkenalkan kepada Radzi (Namron) oleh Khairul (Bell Ngasri), seorang teman lamanya. Setelah diuji oleh Loy (Zulhuzaimy) iaitu orang kanan Radzi, Nizam layak menyertai mereka. Radzi juga berurusan dengan Jimi (Hans Isaac), seorang pengedar dadah yang mempunyai empayar di beberapa buah negara Asia Tenggara. Amanda (Natasha Hudson) merupakan kekasih kepada Radzi dan juga seorang penagih dadah.



at  7:57 PM -  by Admin 0

Langgar Full (2013)

02 November 2013



1 Lawan Satu (2013)




SINOPSIS :
Setiap pahlawan ada ceritanya… Begitu juga SALEH dan RADHI, dua orang ‘pahlawan’ yang berasal daripada latar belakang dan dunia yang berbeza namun berjumpa dan bertempur dalam satu arena. SALEH dibesarkan dengan ilmu mempertahankan diri yang penuh di dada warisan terunggul keluarganya. Kehilangan adiknya, SALEHA telah menyebabkan ayahnya melepaskan SALEH pergi untuk membawanya pulang semula ke pangkuan keluarga mereka. Berbeza dengan hidup RADHI yang berlawan demi menyelamatkan nyawa adiknya, SARA yang sedang sakit tenat. RADHI boleh menahan sebarang hentakan pada badannya asalkan duit sebanyak RM50 ribu berjaya dikumpulnya demi pembedahan SARA. Kehadiran SALEH ke Bandar telah menemukannya dengan NORA, kawan kepada SALEHA. Namun SALEHA masih tidak ditemui. NORA dengan rela hati membantu SALEH mencari SALEHA sehingga jumpa. Ketangkasan dan keazaman RADHI telah menyebabkan OMAN, mengupahnya untuk berlawan untuknya. RADHI yang terdesak kerana memikirkan keadaan SARA menerima tawaran OMAN. Perjalanan SALEH dalam mencari SALEHA juga membawanya kepada OMAN yang telah membeli SALEHA dan mengugut untuk menjualnya sebagai pelacur jika SALEH melawan. Tanpa mereka sedari, SALEH dan RADHI telah digunakan oleh OMAN untuknya mengaut keuntungan dalam perlawanan Malaysian Super Fighter 2012. Satu demi satu perlawanan terpaksa RADHI dan SALEH hadapi demi menyelamatkan nyawa adik masing – masing. Takdir menentukan yang dua orang pahlawan hebat ini bertemu di satu arena. Setiap tumbukan dan sepakan yang mereka terima akan menentukan nasib SALEHA dan SARA. Namun mereka sedikit pun tidak berputus asa dan berlawan sehabis mungkin.



at  10:46 AM -  by Admin 0

1 Lawan Satu Full (2013)

16 October 2013




KL Gangster 2 (2013)



SINOPSIS :
KL Gangster 2 mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek (Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu (Ku Faridah) mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka. Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya. Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa. Sementara itu, Tailong (Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram. Segala tindak tanduk Tailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatan Tailong. Pada masa yang sama, King (Riduan Hashim) dan Shark (Syamsul Yusof) merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkanTailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar. Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah. King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat. Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek. Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri. Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya. Bermulanya konflik dan dendam antara Malek dan Tailong. Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya?Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL?Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya?


at  5:34 AM -  by Admin 0

KL Gangster 2 (2013)

Discussion

Template Information

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Full Episode (2013) Kini boleh dimuat turun
© 2013 :: Video Bergetar ::. WP Theme-junkie Converted by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.
back to top