Just another Blogger Theme9 Demos site

What's New Here?

Showing posts with label Tonton Dokumentari Online. Show all posts
Showing posts with label Tonton Dokumentari Online. Show all posts

03 November 2015


Dokumentari - Jambatan Kedua Pulau Pinang (2014)

SINOPSIS :
Jambatan Kedua Pulau Pinang atau Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ialah jambatan kedua yang dibina bagi menghubungkan Pulau Pinang dengan tanah besar Semenanjung Malaysia. Ia dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak pada 1 Mac 2014. Jambatan sepanjang 24 km ini kini menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara...


at  1:31 AM -  by Admin 0

Dokumentari - Jambatan Kedua Pulau Pinang - @TV1 on 12th March 2014


Dokumentari - Majalah 3 (2014)

SINOPSIS :
Majalah Tiga merupakan siri dokumentari popular Malaysia yang ditayangkan di TV3. Rancangan ini ditayangkan melalui konsep dokumentari yang sedia direkod untuk tontonan umum setiap jam 9:00 pm setiap Isnin. Rancangan dokumentari ini sungguh unik kerana kandungan fakta dan penjelasannya adalah mudah difahami, padat dan mesra penonton selain penonton dari kalangan warganegara Malaysia mudah untuk menyesuaikan dengan maklumat yang dipaparkan. Majalah Tiga mula diasaskan pada tahun 1987 sekaligus merupakan rancangan dokumentari terbitan TV3 yang pertama dan tertua di stesen televisyen tersebut. Setiap tahun Majalah Tiga telah berjaya menarik 3 juta penonton dari seluruh negara bagi menontonnya pada setiap hari Sabtu malam. Pelbagai topik dan paparan berstruktur segar dan mudah difahami yang diketengahkan dan dijelaskan dengan terang, antara topik berkisar tentang alam semulajadi, budaya, isu masyarakat, sains, teknologi, inovasi, otomotif dan lain-lain...


at  1:28 AM -  by Admin 0

Dokumentari - Majalah 3 Full (2014)


Dokumentari - Pondok Pak Ya (2013)

SINOPSIS :
Sebuah dokumentari yang memaparkan kejadian sebalik kebakaran yang berlaku di blok asrama puteri Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al Halimiah (Pondok Pak Ya) Padang Lumat, pada 22 September 1989. Telefilem telah ditayangkan pada 1 Jan 2014 di Astro Box Office. Kebakaran yang berlaku pada hari Jumaat dikala penghuni asrama puteri sedang nyenyak tidur. Api marak berpunca dari api lilin yang dipasang oleh pelajar asrama. Kejadian yang menyayat hati itu mengorbankan 27 pelajar puteri dan telah memusnahkan 8 blok asrama. Kini hampir setiap tahun Program Memperingati 27 Syuhada diadakan. Pada majlis itu sanak saudara dan rakan rakan bekas penghuni asrama berpeluang bertemu semula dengan yang lain termasuk yang terselamat dan berkongsi cerita mengenai pengalaman selepas tragedi. Tahun 1989 admin pun masih ingat tragedi kebakaran pondok sekolah agama Padang Lumat, tetapi agak kurang mengerti sebab pada masa tu budak budak lagi tak tau apa apa, tetapi sering mendengar ibu ayah dan kakak sedara yang bekas pelajar di situ bercerita pasal Padang Lumat. Apa yang admin agak sedih dan terkejut juga ialah apabila melihat begitu daif nya kawasan dalam asrama tempat tidur pelajar , dapur minyak tanah dan katil meja buku sangat dekat serta sempit. Pada ketika tu, terbayang bagaimana pelajar itu belajar dengan keadaan yang sempit dan daif. Di situ tempat masak di situ tempat belajar dan tidur. Sangat sedih sekali. Tapi setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tragedi itu telah mendapat liputan seluruh media massa dan membuka mata semua pihak dan akhirnya membawa kepada beberapa perubahan besar pada Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al Halimiah (Pondok Pak Ya). Pelajar semakin ramai mendaftar di sekolah berkenaan dan prasarana di sekolah itu semakin baik....


at  1:20 AM -  by Admin 1

Dokumentari - Pondok Pak Ya (2013)

Discussion

Template Information

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Full Episode (2013) Kini boleh dimuat turun
© 2013 :: Video Bergetar ::. WP Theme-junkie Converted by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.
back to top