SINOPSIS :
Setia Hujung Nyawa Raya mengisahkan pasangan muda yang baru berkahwin,
Ersalina dan Zain. Ersalina atau El yang sedang hamil cenderung untuk
lebih sensitif dan mudah tersinggung. Sementara itu, ibu bapa El dan
Zain pergi mengerjakan umrah. Oleh itu, Zain dan isterinya membuat keputusan untuk pulang beraya ke
kampung Zain bersama neneknya. Semasa berada di kampung, hubungan El dan
Zain mula goyah apabila bekas kekasih Zain iaitu Maisara muncul dalam
kehidupan mereka. Kehadiran Syawal, teman sekampung Zain yang mempunyai sikap ingin lebih
bagus daripada Zain mengundang banyak masalah. Ditambah pula dengan
kehadiran Qarun, remaja istimewa yang bijak mengawal situasi. Pelbagai
perkara sedih dan lucu yang berlaku sepanjang mereka di kampung.
0 comments: